Surau Al-Ansar Taman Desa Rusa kini telah berwajah baru, bukan sahaja pada luarannya sahaja, malah dalaman juga mengalami proses penambahbaikan atau pengubahsuaian. Semuanya bermula pada 1 April 2009.
Penjelmaan semula surau ini, bukanlah untuk tontonan sahaja, malah jadikan surau ini untuk kita tingkatkan keimanan, ketakwaan ke hadrat ALLAH SWT dengan memuji kebesaran ALLAH, menunaikan solat fardhu 5 waktu berjemaah, menghadiri majlis ilmu, membaca Al-Quran dan sebagainya. Maka dengan itu sama-sama kita mengimrahkan Surau Al-Ansar Taman Desa Rusa.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Surau Al-Ansar Taman Desa Rusa ingin merakamkan jutaan terima kasih pada Pejabat Pentadbiran Daerah Port Dickson, Penghulu Mukim Port Dickson, Majlis Perbandaran Port Dickson, Ketarap Enterprise, Encik Yusof bin Najib, Encik Zubir bin Kasim, Encik Azman bin Mohd Tahir, organisasi serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mewajahkan surau ini seindah dan selesa kini.
Semoga ALLAH SWT memberkati dan merahmati serta memurahkan rezeki atas sumbangan Tuan/Puan, Insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan