Khamis, 16 Julai 2009

Jemaah Tabligh di Surau Al-Ansar TDR



Pada 7 hingga 9 Mei 2009, satu kumpulan Jemaah Tabligh telah berkampung di Surau Al-Ansar Taman Desa Rusa. Untuk makluman, jemaah ini adalah Jemaah Tabligh Jalan Kaki, yang bergerak dari Masjid Telok Kemang ke Surau Al-Ansar Taman Desa Rusa dengan berjalan kaki. Dengan kehadiran jemaah ini, surau diimarahkan dengan pelbagai aktiviti khususnya Solat Jemaah 5 waktu, di samping tazkirah selepas solat Maghrib. Usaha ziarah/jaulah juga dijalankan untuk mengajak penduduk Taman Desa Rusa hadir ke surau bagi mengikuti majlis ilmu, iman dan amal.

Tiada ulasan: