Ramadhan pada tahun 1430 H di Taman Desa Rusa dimeriahkan lagi dengan Program Agihan Bubur Lambuk Al-Ansar.
Syukur ke hadrat ALLAH SWT atas nikmat yang diberikan ini, tidak lupa juga JK Surau Al-Ansar ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang bermurah hati menjayakan program ini dengan menyumbang apa jua bentuk sama ada wang, barangan makanan, tenaga dan sebagainya. Semoga ALLAH SWT memberkati dan memurahkan rezeki tuan-tuan dan puan-puan.
Jadual agihan bubur adalah seperti berikut:
1. 30 Ogos 2009 (Ahad)
2. 5 September 2009
Masa : 5.00 petang
Potret di bawah ini menggambarkan betapa meriahnya agihan bubur lambuk ini, dari segi gotong royong memasak, membungkus dan yang menarik apabila membuat pengumuman tentang bubur lambuk ini sedia untuk diambil oleh penduduk Taman Desa Rusa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan