Selasa, 15 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PEMIMPIN DAN PENDUDUK TDR

Tarikh : 12 September 2009 (Sabtu)
Masa : 7.00 malam

Tetamu Kehormat :
Yang Berbahgia Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Datuk Hj Abdul Samad





Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin dan Penduduk Taman Desa Rusa 1430H / 2009 berlangsung secara sederhana dan meriah. Ini kerana dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Datuk Hj Abdul Samad seawal pukul 6.45 petang menunjukkan komitmen beliau untuk mendekati rakyat dan mendalami isi hati rakyat, khususnya penduduk Taman Desa Rusa.





Satu kejutan besar berlaku pada majlis ini adalah dengan kehadiran Datuk Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Kehadiran beliau yang diiringi oleh Mantan YB Tuan Mohd Faizal bin Hj Ramli, ADUN Bagan Pinang, sungguh bermakna buat Surau Al-Ansar khasnya dan Taman Desa Rusa amnya.

Datuk Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga diberi laluan untuk menyampaikan ucapan kepada penduduk TDR. Sememangnya kehadiran beliau tepat pada masanya, di mana beliau dimaklumkan oleh Pengerusi Surau Al-Ansar tentang pemilihan surau ini sebagai salah satu tempat Program Rakan Muda Ramadhan.





Sebelum majlis penyampaian sumbangan, Tan Sri diberi laluan untuk berucap kepada muslimin dan muslimat TDR. Peluang sebegini dapat mempereratkan silatulrahim antara pemimpin dan masyarakat.





Kemuncak majlis ini adalah majlis penyampaian sumbangan hari raya pada ibu tunggal/anak yatim, warga emas, OKU, anak yang sakit jantung, petugas ramadhan (Imam, Bilal, Siak), dan peserta tadarus yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Datuk Hj Abdul Samad.

JK Surau Al-Ansar ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Datuk Hj Abdul Samad, Datuk Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Barisan JK Penduduk TDR, Pemimpin Kerajaan & Masyarakat, Abang A (penyumbang hamper), para dermawan, penduduk TDR yang menjayakan majlis ini. Semoga ALLAH SWT merahmati dan memberkati sumbangan Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Datuk Hj Abdul Samad, Datuk Razali bin Ibrahim dan Tuan/Puan.

Tiada ulasan: