Rabu, 16 Disember 2009

MAJLIS IBADAH QURBAN 1430H / 2009

Slide 1
Pada tahun 2009, Surau Al-Ansar, Taman Desa Rusa, Port Dickson amat bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dapat mengadakan Majlis Ibadah Qurban sebanyak 9 ekor lembu. Berbanding pada tahun 2008, ibadah qurban tidak dijalankan kerana tiada lembu untuk diqurbankan, walaupun berbagai usaha dilakukan. Alhamdullillah, tahun 1430H / 2009, kami amat bersyukur dengan rezeki yang diterima.

2 ekor lembu diqurbankan pada 27 November 2009


7 ekor lembu diqurbankan pada 28 November 2009

Majlis ibadah qurban sebanyak 9 ekor lembu disumbangkan oleh:
(i) 1 ekor daripada En. Azman bin Tan Sri Md Tahir (No. 70 & 71 Jalan Desa Rusa 1)
(ii) 1 ekor daripada YB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato' Hj Abdul Samad (ADUN Bagan Pinang)
(iii) 2 ekor daripada Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang
(iv) 5 ekor daripada Pemuda UMNO Malaysia

Untuk menguruskan majlis qurban ini, beberapa mesyuarat telah diadakan sebagai persediaan mengurus dan menyelaraskan kerja-kerja yang berkaitan dengan ibadah qurban.

Tiada ulasan: