Khamis, 16 Julai 2009

Berzanji Wanita




Dengan kerjasama Surau Al-Ansar TDR, kumpulan Berzanji Wanita dapat direalisasikan khusus buat Taman Desa Rusa. Melalui komitmen ahli-ahli kumpulan ini yang sanggup hadir menjalani latihan membaca kitab berzanji setiap malam di Surau Al-Ansar TDR sungguh mengkagumkan.

Semoga usaha murni ini dicontohi oleh kaum lelaki di TDR, di mana kumpulan berzanji lelaki telah ditubuhkan lebih dahulu berbanding kumpulan berzanji wanita. Oleh kerana beberapa kekeangan yang tidak dapat dielakkan kumpulan berzanji lelaki perlu disuntik dengan semangat yang baru.

Tahniah diucapkan pada kumpulan berzanji wanita TDR yang bertungkus lumus menggerakkan aktiviti kumpulan ini pada suatu tahap yang boleh dibanggakan. Untuk itu dipaparkan beberapa potret yang sempat dirakamkan semasa latihan kumpulan ini di surau.

Tiada ulasan: