Jumaat, 17 Julai 2009

Kelebihan Solat Jemaah

SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.
Sabda Nabi SAW:

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Lihat perbandingan di bawah yang berasaskan hadis di atas:Solat bersendirian= 1 darjat x 365 hari (setahun) x 5 waktu = 1,825 darjatSolat berjemaah = 27 darjat x 365 hari (setahun) x 5 waktu = 49,275 darjat

Kelebihan solat berjemaah
1. Menguatkan semangat persaudaraan antara satu sama lain
2. Mengukuhkan tali persahabatan antara sesama Islam dan sesama manusia
3. Melatih umat Islam agar berdisiplin dan menepati masa
4. Mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Taala .

Tiada ulasan: