Pada hari kedua Ibadah Qurban 1430 H, iaitu pada hari Sabtu 28 November 2009, tujuh ekor lembu diqurbankan melalui gotong royong antara penduduk Taman Desa Rusa, Pemuda UMNO, penduduk setempat (Kg Si Rusa, Taman Sri Pinang), petugas-petugas dari Kundor Hilir Farm yang diketuai oleh En. Radzi.
Majlis ini berlangsung penuh bermakna dengan kehadiran YB Tan Sri Isa, ADUN Bagan Pinang sebagai Tetamu Kehormat dan merasmikan Majlis Ibadah Qurban ini. Kehadiran Saudara Helmi, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan dan Saudara Mohd Faizal bin Hj Ramli, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang juga menyerikan lagi majlis ini,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan