Rabu, 16 Disember 2009

Renungan tentang SOLAT

BARANG SIAPA YANG TIDAK MELAKUKAN SOLAT-SOLAT :

SUBOH : Cahaya wajahnya akan dicabut.

ZUHUR : Rahmat barakah daripada pendapatannya akan diambil.

ASAR : Kekuatan tubuhnya akan diambil.

MAGHRIB : Mereka akan diabaikan oleh anak-anak.

ISYAK : Ketenangan dari tidurnya akan ditarik dan akan sentiasa gelisah.





SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM

KAMU DI SEMBAHYANGKAN


SOLATLAH KAMU DI BELAKANG IMAM SEBELUM KAMU DISOLATKAN DI HADAPAN IMAM

SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.

Sabda Nabi SAW:

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Lihat perbandingan di bawah yang berasaskan hadis di atas:

Solat bersendirian
= 1 darjat x 365 hari (setahun) x 5 waktu = 1,825 darjat

Solat berjemaah
= 27 darjat x 365 hari (setahun) x 5 waktu = 49,275 darjat


Kelebihan solat berjemaah

1. Menguatkan semangat persaudaraan antara satu sama lain

2. Mengukuhkan tali persahabatan antara sesama Islam dan sesama manusia

3. Melatih umat Islam agar berdisiplin dan menepati masa

4. Mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Taala.


Tiada ulasan: